eKelas Penggal 2 Minggu 21

25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Penggal 2 Minggu 21 ini telah diadakan pada 23 dan 24 Ogos 2019 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag, dan dihadiri seramai 12 orang pelajar.

Minggu ini merupakan minggu ulangkaji bagi subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik yang diadakan secara Live Tutorial bersama guru eKelas. Dalam sesi ulangkaji ini, para peserta didedahkan kepada model kertas soalan peperiksaan sebenar dan diberi tunjuk ajar cara untuk menyelesaikan soalan-soalan tersebut. Mereka turut didedahkan kepada Learning Port dimana mereka boleh membuat ulangkaji dengan mengakses nota-nota bagi subjek-subjek yang dipelajari di sekolah. Selain itu, peserta turut diberi tugasan yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang subjek yang dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali